Thursday, 19 March 2015

Salam, mohon doa semua
Cik Sepatu Rosak sangat runsing buat masa nhe. T_T

Sunday, 12 October 2014

Salam,
Wah rasanya sudah lama Cik Sepatu tak bersua muka di laman "Blogger" ni.
Rasa sangat sibuk dan terkadang saje nak menyibukkan diri...heheheehehehe..
Cik Sepatu Rosak kini berada dalam minggu-minggu terakhir "Latihan Mengajar" di sebuah sekolah Lelaki di negeri Bandar Bersejarah...
Sebenarnya, pening nak habiskan skop mata pelajaran nhe...
Wehhhh.....senak kepala Cik Sepatu Rosak ni dan rosak saraf-saraf saya sedikit...
Eh, tak lah. hahahahaha

Yelah, tu jer hasil kerepek saya...
Kbai...
Doakan hasil dari benih yang saya tabur di sekolah nhe...
WEEEEEE...

Tuesday, 19 August 2014

Lama kesepian..
Aku sedang mendidik..
Smk Methodist (ACS) Melaka...

Thursday, 22 May 2014



Assalamualaikum para pelangkah tegar. Lama saya mendiamkan diri kerana sebuah komitmen dalam keluarga besar yang sangat saya sayangi. Baru sahaja tadi saya membaca status Abang Kay (Pengarah Drama Kata Perak) yang kembali semula ke pangkuan keluarga di Pulau Pinang. Bagi saya, abang kay merupakan seorang abang yang sangat prihatin akan kejayaan adik-adiknya. Segala jasa dan ilmunya InsyaALLAH akan kami gunakan sampai bila-bila. Rasa sedih itu sudah tentu mengalir dalam hati dan jiwa keluarga kata perak namun apa kan daya setiap pertemuan pasti kita akan rasa sekam sedihnya.


Berapa minggu yang lepas merupakan minggu-minggu yang sangat penat dan saya banyak abaikan tanggungjawab yang lain. Maafkan saya. Namun, saya banyak belajar erti kesabaran, ketelitian dan kecekalan sebagai ketua kru tatarias kepada pelakon-pelakon Kata Perak. Kata Perak merupakan pementasan pertama Drama dan amali seni lakon UPSI. Saya berbangga menjadi salah satu orang kuat drama ini. Sedikit sebanyak saya banyak belajar teknik dan cara make up yang betul. InsyaAllah saya akan aplikasikan ilmu ini ke arah yang lebih baik.

Baiklah, Cik sepatu rosak akan update lagi ya. Ada tugasan menunggu saya...
Salam sayang...


Wednesday, 23 April 2014

Assalamualaikum wahai pelangkah sedunia semua.

Terlalu banyak komitmen yang harus Cik Sepatu Rosak hadapi minggu ini.
Projek Tahun Akhir->Lesen memandu->Video Media->Tugasan (yang masih bersisa)->Keluarga


Doakan kekuatan Cik Sepatu Rosak semua...

Love uolzzz...

Friday, 18 April 2014


Salam sebuah keluarga dari saya wahai pelangkah dunia semua. Banyak hari saya tinggalkan untuk laman coretan saya ini. Terlalu sibuk dengan komitmen Cik Sepatu Rosak ini sebagai pemegang title "student" terhormat. Saya ingin kongsikan pengalaman saya baru-baru ini kepada pelangkah sejati semua. Saya menjalankan satu tugasan mengajar untuk subjek Penaksiran saya dan saya memilih negeri KEDAH DARUL AMAN. Yeahhhhh!!!! negeri yang sangat awesome tau. Saya bersyukur kepada Allah memberi saya peluang menjejakkan kaki ke negeri Jelapang Padi ini. Saya seperti menyusuri sebuah bumi yang sangat luas dengan landskap hijau yang permai. Saya suka dengan keaslian semula jadinya. Pada masa yang sama, saya menelusuri lebih dalam lagi dan saya sampai di sebuah kampung terletak di kawasan Lembah Bujang, Merbok, Sungai Petani.
Sangat teruja dan sangat seronok. Dahulu saya hanya berangan dan tidak terfikir untuk sampai di Semenanjung Malaysia apatah lagi pergi ke negeri-negeri lain. Namun, sangkaan kanak-kanak saya pada masa itu sangat bercanggah. Bukan sekadar melihat di televisyen namun saya sudah menjejakkan kai ke sini. Suasana kedamaian sangat terpancar di kampung itu. Makanan jangan disebutlah, semua benda saya telan. Maklumlah, saya bab-bab selera kampung ni saya sangat gila. Apa sahaja hidangan yang disajikan oleh Tuan Rumah tempat saya menumpang teduh, semua saya bedal. Heheheeheheheehee....



Hahh, itulah kawan baru saya nama dia Awang tau Tuan-tuan dan puan-puan. Anak kambing yang sangat manja tau. Setiap petang saya akan mengambil alih tugas tuan rumah untuk memberikan Awang susu. Awang masih menyusu botol tau. Hehehehehe....Awang sangat comel dan T_T saya akan dan pasti selalu merindui dia...


Dan itulah Cik Sepatu Rosak yang sangat teruja dengan padi-padi yang masih kecil di bendang. Hehehehe...
Sangat seronok! 


Cik Sepatu Rosak juga berpeluang pergi muzium. Yeah..lawatan sekolah. Muzium nhe mengisahkan sejarah kawasang Lembah Bujang, Sungai Petani Kedah. Banyak juga ilmu yang saya perolehi dan melihat beberapa candi-candi yang ditemui di sini tau.





Hahhhh...tudiaaa
Kawasan Candi Pendiat dan sebenarnya banyak candi lagi tapi tak larat la nak tangkap gambar. Nak kena naik tangga sebab kawasan ni berbukit tau.

Ermmm, baiklah semua pelangkah dunia semua. Nanti ada kelapangan lagi Cik Sepatu Rosak kongsikan lagi tau pengalaman dan keseronokkan seorang pelangkah tegar.

Tuesday, 15 April 2014

So tired this week...
Hanya itu jer yang mampu...
Sekian.

Cik Sepatu Rosak rehat untuk seketika.