Assalamualaikum wahai pelangkah sedunia semua.
Terlalu banyak komitmen yang harus Cik Sepatu Rosak hadapi minggu ini.
Projek Tahun Akhir->Lesen memandu->Video Media->Tugasan (yang masih bersisa)->Keluarga
Doakan kekuatan Cik Sepatu Rosak semua...
Love uolzzz...
Wednesday, 23 April 2014
Friday, 18 April 2014
Salam sebuah keluarga dari saya wahai pelangkah dunia semua. Banyak hari saya tinggalkan untuk laman coretan saya ini. Terlalu sibuk dengan komitmen Cik Sepatu Rosak ini sebagai pemegang title "student" terhormat. Saya ingin kongsikan pengalaman saya baru-baru ini kepada pelangkah sejati semua. Saya menjalankan satu tugasan mengajar untuk subjek Penaksiran saya dan saya memilih negeri KEDAH DARUL AMAN. Yeahhhhh!!!! negeri yang sangat awesome tau. Saya bersyukur kepada Allah memberi saya peluang menjejakkan kaki ke negeri Jelapang Padi ini. Saya seperti menyusuri sebuah bumi yang sangat luas dengan landskap hijau yang permai. Saya suka dengan keaslian semula jadinya. Pada masa yang sama, saya menelusuri lebih dalam lagi dan saya sampai di sebuah kampung terletak di kawasan Lembah Bujang, Merbok, Sungai Petani.
Sangat teruja dan sangat seronok. Dahulu saya hanya berangan dan tidak terfikir untuk sampai di Semenanjung Malaysia apatah lagi pergi ke negeri-negeri lain. Namun, sangkaan kanak-kanak saya pada masa itu sangat bercanggah. Bukan sekadar melihat di televisyen namun saya sudah menjejakkan kai ke sini. Suasana kedamaian sangat terpancar di kampung itu. Makanan jangan disebutlah, semua benda saya telan. Maklumlah, saya bab-bab selera kampung ni saya sangat gila. Apa sahaja hidangan yang disajikan oleh Tuan Rumah tempat saya menumpang teduh, semua saya bedal. Heheheeheheheehee....
Hahh, itulah kawan baru saya nama dia Awang tau Tuan-tuan dan puan-puan. Anak kambing yang sangat manja tau. Setiap petang saya akan mengambil alih tugas tuan rumah untuk memberikan Awang susu. Awang masih menyusu botol tau. Hehehehehe....Awang sangat comel dan T_T saya akan dan pasti selalu merindui dia...
Dan itulah Cik Sepatu Rosak yang sangat teruja dengan padi-padi yang masih kecil di bendang. Hehehehe...
Sangat seronok!
Sangat seronok!
Cik Sepatu Rosak juga berpeluang pergi muzium. Yeah..lawatan sekolah. Muzium nhe mengisahkan sejarah kawasang Lembah Bujang, Sungai Petani Kedah. Banyak juga ilmu yang saya perolehi dan melihat beberapa candi-candi yang ditemui di sini tau.
Hahhhh...tudiaaa
Kawasan Candi Pendiat dan sebenarnya banyak candi lagi tapi tak larat la nak tangkap gambar. Nak kena naik tangga sebab kawasan ni berbukit tau.
Ermmm, baiklah semua pelangkah dunia semua. Nanti ada kelapangan lagi Cik Sepatu Rosak kongsikan lagi tau pengalaman dan keseronokkan seorang pelangkah tegar.
Kawasan Candi Pendiat dan sebenarnya banyak candi lagi tapi tak larat la nak tangkap gambar. Nak kena naik tangga sebab kawasan ni berbukit tau.
Ermmm, baiklah semua pelangkah dunia semua. Nanti ada kelapangan lagi Cik Sepatu Rosak kongsikan lagi tau pengalaman dan keseronokkan seorang pelangkah tegar.
Subscribe to:
Comments (Atom)