Sunday, 12 October 2014

Salam,
Wah rasanya sudah lama Cik Sepatu tak bersua muka di laman "Blogger" ni.
Rasa sangat sibuk dan terkadang saje nak menyibukkan diri...heheheehehehe..
Cik Sepatu Rosak kini berada dalam minggu-minggu terakhir "Latihan Mengajar" di sebuah sekolah Lelaki di negeri Bandar Bersejarah...
Sebenarnya, pening nak habiskan skop mata pelajaran nhe...
Wehhhh.....senak kepala Cik Sepatu Rosak ni dan rosak saraf-saraf saya sedikit...
Eh, tak lah. hahahahaha

Yelah, tu jer hasil kerepek saya...
Kbai...
Doakan hasil dari benih yang saya tabur di sekolah nhe...
WEEEEEE...

Tuesday, 19 August 2014

Lama kesepian..
Aku sedang mendidik..
Smk Methodist (ACS) Melaka...

Thursday, 22 May 2014



Assalamualaikum para pelangkah tegar. Lama saya mendiamkan diri kerana sebuah komitmen dalam keluarga besar yang sangat saya sayangi. Baru sahaja tadi saya membaca status Abang Kay (Pengarah Drama Kata Perak) yang kembali semula ke pangkuan keluarga di Pulau Pinang. Bagi saya, abang kay merupakan seorang abang yang sangat prihatin akan kejayaan adik-adiknya. Segala jasa dan ilmunya InsyaALLAH akan kami gunakan sampai bila-bila. Rasa sedih itu sudah tentu mengalir dalam hati dan jiwa keluarga kata perak namun apa kan daya setiap pertemuan pasti kita akan rasa sekam sedihnya.


Berapa minggu yang lepas merupakan minggu-minggu yang sangat penat dan saya banyak abaikan tanggungjawab yang lain. Maafkan saya. Namun, saya banyak belajar erti kesabaran, ketelitian dan kecekalan sebagai ketua kru tatarias kepada pelakon-pelakon Kata Perak. Kata Perak merupakan pementasan pertama Drama dan amali seni lakon UPSI. Saya berbangga menjadi salah satu orang kuat drama ini. Sedikit sebanyak saya banyak belajar teknik dan cara make up yang betul. InsyaAllah saya akan aplikasikan ilmu ini ke arah yang lebih baik.

Baiklah, Cik sepatu rosak akan update lagi ya. Ada tugasan menunggu saya...
Salam sayang...


Wednesday, 23 April 2014

Assalamualaikum wahai pelangkah sedunia semua.

Terlalu banyak komitmen yang harus Cik Sepatu Rosak hadapi minggu ini.
Projek Tahun Akhir->Lesen memandu->Video Media->Tugasan (yang masih bersisa)->Keluarga


Doakan kekuatan Cik Sepatu Rosak semua...

Love uolzzz...

Friday, 18 April 2014


Salam sebuah keluarga dari saya wahai pelangkah dunia semua. Banyak hari saya tinggalkan untuk laman coretan saya ini. Terlalu sibuk dengan komitmen Cik Sepatu Rosak ini sebagai pemegang title "student" terhormat. Saya ingin kongsikan pengalaman saya baru-baru ini kepada pelangkah sejati semua. Saya menjalankan satu tugasan mengajar untuk subjek Penaksiran saya dan saya memilih negeri KEDAH DARUL AMAN. Yeahhhhh!!!! negeri yang sangat awesome tau. Saya bersyukur kepada Allah memberi saya peluang menjejakkan kaki ke negeri Jelapang Padi ini. Saya seperti menyusuri sebuah bumi yang sangat luas dengan landskap hijau yang permai. Saya suka dengan keaslian semula jadinya. Pada masa yang sama, saya menelusuri lebih dalam lagi dan saya sampai di sebuah kampung terletak di kawasan Lembah Bujang, Merbok, Sungai Petani.
Sangat teruja dan sangat seronok. Dahulu saya hanya berangan dan tidak terfikir untuk sampai di Semenanjung Malaysia apatah lagi pergi ke negeri-negeri lain. Namun, sangkaan kanak-kanak saya pada masa itu sangat bercanggah. Bukan sekadar melihat di televisyen namun saya sudah menjejakkan kai ke sini. Suasana kedamaian sangat terpancar di kampung itu. Makanan jangan disebutlah, semua benda saya telan. Maklumlah, saya bab-bab selera kampung ni saya sangat gila. Apa sahaja hidangan yang disajikan oleh Tuan Rumah tempat saya menumpang teduh, semua saya bedal. Heheheeheheheehee....



Hahh, itulah kawan baru saya nama dia Awang tau Tuan-tuan dan puan-puan. Anak kambing yang sangat manja tau. Setiap petang saya akan mengambil alih tugas tuan rumah untuk memberikan Awang susu. Awang masih menyusu botol tau. Hehehehehe....Awang sangat comel dan T_T saya akan dan pasti selalu merindui dia...


Dan itulah Cik Sepatu Rosak yang sangat teruja dengan padi-padi yang masih kecil di bendang. Hehehehe...
Sangat seronok! 


Cik Sepatu Rosak juga berpeluang pergi muzium. Yeah..lawatan sekolah. Muzium nhe mengisahkan sejarah kawasang Lembah Bujang, Sungai Petani Kedah. Banyak juga ilmu yang saya perolehi dan melihat beberapa candi-candi yang ditemui di sini tau.





Hahhhh...tudiaaa
Kawasan Candi Pendiat dan sebenarnya banyak candi lagi tapi tak larat la nak tangkap gambar. Nak kena naik tangga sebab kawasan ni berbukit tau.

Ermmm, baiklah semua pelangkah dunia semua. Nanti ada kelapangan lagi Cik Sepatu Rosak kongsikan lagi tau pengalaman dan keseronokkan seorang pelangkah tegar.

Tuesday, 15 April 2014

So tired this week...
Hanya itu jer yang mampu...
Sekian.

Cik Sepatu Rosak rehat untuk seketika.

Sunday, 23 March 2014

Assalamualaikum para pelangkah jejak-jejak dunia.
Doa yang selalu dipohon untuk dimurahkan rezeki kami berdua dan semoga ada seru yang menghampiri.
Perancangan kecil sudah kami mulakan untuk ke langkah seterusnya. Perancngan yang kecil ini membuat hati berbungan mekar. Semoga janji kami akan dimakbulkan.

Seriously, saya sebenarnya takutt untuk berhadapan dengan family untuk menyuarakan perancangan kami. Ibu sudah meletakkan persetujuan dengan syarat I MUST GET MY DEGREE first. Ok, adik tengah usaha la nhe Mah. hehehehe
Tapi, Cik Sepatu Rosak nhe takut kat bapa dia. hehehehehe
Macam mana rupalah bakal2 saya ni hendak berhadapan dengan jejaka macho yang perkasa, garang, muka ketat (tapi hati ada taman bunga Melur) a.k.a Ayahanda beta.
Huarghhhhhhhhhh....

Anak bongsu ini a.k.a Cik Sepatu Rosak nhe still dianggap masih budak Tingkatan 3 lagi oleh ayahanda tercinta. Tup..tup anak dia nak kahwin. Ermmm rasa2 ayahanda beta percaya tak? Yah, kadang macam rasa masih budak2 lagi depan ayahanda tapi umur dah 23 TAHUN. Kakak ipar Cik Sepatu Rosak pun kahwin umur 22 tahun tau. Selalu kakak ipar saya nasihatkan "Kau jangan kahwin lambat2 tau, nanti banyak komplikasi kahwin lambat nhe. So, tu yang saya rancang semua ni.

InsyaAllah, perancangan kami berdua hendak diijabkabulkan tahun depan sebelum Cik Sepatu Rosak konvokesyen.
Doakan saya, dia dan keluarga saya dipermudahkan. Aamiin..

Sunday, 16 March 2014

Asslamualaikum..
hari yang indah dan bersarapan seorang diri di pagi hari.
Semoga ada sinar dan harapan yang dimakbulkan untuk saya hari ini.
Harap-harap pengajaran mikro kedua hari ini berjalan dengan lancar...

Love uolszzzz

Saturday, 22 February 2014

Assalamualaikum W.B.T
Salam keindahan dari bumi Allah yang sentiasa dirahmati naungannya.
Alhamdulillah masih diberi peluang memperbaiki diri kan hari ini.
Semalam penat sangat-sangat jalan dan cuci dompet Cik Sepatu Rosak dekat Masjed Jamek.
Hehehehehehe...
Cik Sepatu Rosak beli apa yang patut sahaja tau, bukan membazir.

Baiklah, mari tengok apa yang Cik Sepatu Rosak laburkan kemarin:

1) Cotton Corak Baldu - 2 pasang
2) Cotton Corak Batik - 1 pasang
3) PRADA wallet - 1
4) Michael Kors Purse - 1

Perempuan yang memang sinonim dan pantang tengok barang shomel kan.
Harap mak tak bebel la kalau dapat tahu.
Semoga ada rezeki di hari-hari yang seterusnya untuk Cik Sepatu Rosak kan.
Amin...

Love oulzzz...

Friday, 21 February 2014

Asalamualaikum dan selamat pagi wahai pelangkah seribu semua.
Sepatu rosak here melaporkan diri dengan langkah-langkah yang dirancang untuk hari ini.
Wow! nampak tak ada perancangan strategik ddi situ, hahahahaha.
Baiklah, hari ini Langkah Cik Sepatu Rosak hari ni nak pergi memborong kain-kain baju kurung dekat dunia kain Masjid Jamek la. Nak buat persiapan untuk baju-baju praktikum nanti. Semester Enam baru jer melabuhkan tirai minggu pertamanya, aku dah sibuk buat persiapan praktikum. Alaaa tak salah kan untuk kita menyediakan payung pasar tani untuk hujan akan datang kan. Hebat tak falsafah hampeh aku. Erm...tak kisah la yang penting hari ni aku outing dengan housemate aku. Semoga duit yang dipinjamkan sementara oleh kerajaan Malaysia dapat aku gunakan dengan sebaik-baiknya.

Cik Sepatu Rosak bersiap dulu.
Bubye....
Love oulzz..
$$$$$$$$$$ <----- nampak tak simbol keramat yang manusia cipta untuk membezakan taraf tu??

Baiklah, asalamualaikum pelangkah semua.
Amboi namanya la jadi mahasisswa dan mahasisiwi dah menjadi satu sorakan kalau duit PTPTN dah masuk.
hahahahahaha
Rasa macam nak terbang jer kan tapi bagi aku duit dah masuk tu yang bebankan kepala aku. Bermula la sudah perjalanan lintang pukang aku nak urus kewangan sendiri. Kalau dekat rumah Mah aku la yang urus perakaunan rumah. Kerja aku minta fulus dan laburkan fulus aku dekat mana-mana kedai. Tadi jalan kejap sahaja dah habis RM200.00. Banyak tu! Tapi yelah nak buat macam mana kan, perempuan ni serba serbi pelbagai produk badan dan perhiasan segala bagai tu. Nanti tak beli menyesal pulak.

Eeeeee...
Duit, duit, duit dan duit.
Kenapalah kau wujud kat dunia ni?????

Thursday, 20 February 2014

Asalamualaikum, owh indahnya pagimu Allah.
Bersyukur dengan nikmat peluang dariMu untuk aku bernafas lagi untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang manusia yang lemah di sisiMu.

Ok, semalam lena sangat kak jah ridur sampai termimpi yang pelik-pelik.
Apa maksud mimpi tu erk??
Erm, dipenuhi pelbagai persoalan, andaian, tekaan yang tak seberapa nak betul dan lain-lain.
hehehehehehe...

Set dekat kepala "MIMPI MAINAN TIDUR!!"

Baiklah, saya akan melangkahkan lagi SEPATU ROSAK ini untuk kelas Media pulak pagi ni.

Berkatilah aku Ya Allah.
Wah, posing mahal mamat ni.
Hari tu aku aku fly balik BORNEO sendiri tau dan tersangatlah bunyi cengkerik.
Mamat ni boleh pulak pergi jalan-jalan without aku pulak tu...

Cehhhh..nampak tak benda tak adil di situ.
Muka aku time tu Tuhan jak yang tahu..

LANGKAWI tu....
sapa yang x mau pergi wehhh...


Tapi aku x kesah..janji buah tangan ala-ala panas ada..


hehehehehehe....

Sayang Encik Jumadil a.k.a Mr. Right saya...


Semester yang sangat peningkan kepala saya...
Oh, bagaimana untuk aku menempuh semua duri yang halus ini.
Sukar untuk hidup kan dan bagi aku kalau tiada rasa "susah" tiadalah HIDUP namanya...

hehehehehehe...

Semester Enam dah berhadapan dengan PTA.
Apa PTA?

Tadaaaaa...

PROJEK TAHUN AKHIR

ambek kau! Padanlah dengan muka aku.
Alaaa mah kata, "Wei, ko jangan risaulah semua benda susah akan menjadi sempurna jika dipaksa oleh Sang Masa.

-_-

Wednesday, 19 February 2014

Look his eyes...
Wooooo.....
Si Pejalan Kaki yang duduk dalam stoller...



Bertatih untuk sebuah laman yang baru...
Gud luck untuk kaki ini...